Tuesday, May 31, 2016

SENAMAN DALAM BULAN PUASA

PUASA memberi kesan yang baik terhadap keseluruhan sistem badan manusia terutama sistem penghadaman. Secara amnya, berpuasa dapat memberi kesan terhadap sistem tubuh badan, minda serta psikologi dan rohani. Tubuh badan kita sentiasa terdedah kepada bahaya toksin atau radikal bebas yang menjadi faktor kepada jangkitan penyakit atau kecederaan. Tabiat pemakanan yang tidak berkhasiat, pencemaran alam sekitar dan tekanan dalam menjalani kehidupan seharian menyebabkan banyak toksin berkumpul di dalam badan. Justeru itu, dengan berpuasa dapat merehatkan sistem organ dalaman, mengekalkan serta menyeimbangkan sistem hormon, metabolisma dan sistem saraf.
chest-exercises-20

Menurut kajian, dengan berpuasa otak akan mengeluarkan bahan yang berbentuk opioids yang terdiri daripada enkephalins dan endorfin. Bahan kimia ini akan menghasilkan ketenangan sepanjang menjalani ibadah berpuasa. Secara tidak langsung psikologi kita akan lebih tenang dan lebih rasional untuk bertindakbalas terhadap rangsangan yang tidak diingini seperti tidak cepat marah dan lebih bersabar apabila ditimpa musibah. Adakah senaman selamat untuk diamalkan semasa berpuasa? Persoalan ini selalu bermain di minda kita terutama jika kita seorang yang aktif bersenam atau beriadah. Pengkaji-pengkaji Barat telah membuktikan bahawa aktiviti bersukan, bersenam dan beriadah adalah selamat semasa berpuasa.

Secara asasnya, sistem badan yang terlibat semasa bersenam meliputi sistem jantung, paru-paru dan peredaran darah, sistem otot dan tulang, sistem limfa serta sistem badan yang lain. Bersenam semasa berpuasa boleh meningkatkan fungsi sistem-sistem ini menyingkirkan hasil perkumuhan badan dan toksin yang menjadi faktor berlakunya penyakit keluar daripada badan.
jogging2    exe

Kajian di dalam Jurnal Aplikasi Fisiologi membuktikan bahawa bersenam sebelum, semasa dan selepas berbuka puasa boleh mengurangkan kehilangan glikogen di dalam sistem otot dan meningkatkan penggunaan sumber tenaga daripada lemak untuk bersenam. Ini sekali gus dapat mengurangkan kandungan lemak di dalam badan kita dan dapat
mengurangkan masalah berat badan.

Kajian di dalam Jurnal Nutrisi juga membuktikan bahawa orang yang bersenam semasa berpuasa akan mengurangkan berat badan dengan cepat daripada orang yang bersenam tetapi tidak berpuasa. Manakala Dohm dan rakan-rakan (2008), dalam kajiannya membuktikan bahawa kandungan glukos dalam darah dapat dikekalkan walaupun kita bersenam sambil berpuasa. Jadi puasa bukanlah menjadi alasan kita untuk tidak bersenam.
senaman

Malah kita juga digalakkan untuk bersenam selepas berbuka puasa seperti melakukan sembahyang Terawih dimana sembahyang juga adalah salah satu bentuk senaman yang baik untuk diamalkan. Jadi janganlah risau anda akan kehilangan tenaga apabila melakukan bersenam kerana sumber tenaga untuk bersenam bukan hanya diperoleh daripada sumber makanan yang kita makan tetapi tenaga juga diperoleh daripada simpanan lemak yang dihasilkan daripada aktiviti penghadaman selama sebelas bulan kita tidak berpuasa.

Kajian juga mengatakan bahawa aktiviti pencernaan makanan memerlukan 14 jam untuk disempurnakan sehingga ke
usus besar selepas pengambilan makanan bagi menghasilkan tenaga dan zat-zat yang diperlukan badan untuk berfungsi normal.

Biasanya puasa mengambil masa kurang daripada 14 jam dimana tempoh ini dipanggil tempoh normal badan bagi mengekalkan aktiviti fisiologinya. Ini membuktikan ibadah puasa tidak akan memudaratkan sistem-sistem sedia ada pada badan walaupun semasa berpuasa kecuali jika kita mengalami masalah penyakit-penyakit kronik.

Kajian Karli dan rakan-rakan (2007) di dalam Jurnal Sains Sukan dan Perubatan juga menyatakan bahawa puasa tidak
akan memberi kesan negatif terhadap jumlah cecair badan, komposisi badan, kapasiti dan kuasa otot serta metabolisme asid laktik iaitu hasil perkumuhan otot dan penggunaan tenaga selepas senaman di kalangan atlet-atlet yang melakukan senaman rintangan tinggi.

Langkah-langkah berikut perlu diambil jika sekiranya anda ingin bersenam pada bulan puasa:

Kenali keupayaan diri anda sebelum melakukan senaman melalui sejarah perubatan atau penyakit terdahulu.
Dapatkan nasihat doktor atau ahli fisioterapi tentang jenis senaman yang sesuai.
Memikirkan faktor-faktor dalaman atau luaran yang boleh menyebabkan kecederaan seperti kandungan air badan, cuaca atau peralatan sukan yang digunakan.
Mulakan senaman dengan aktiviti memanaskan badan dan melenturkan tisu badan dan otot dan mengakhiri senaman dengan aktiviti menyejukkan badan dalam jangka masa sekurang-kurangnya 5 - 10 minit untuk keseluruhan senaman ini.
Lakukan senaman pilihan anda sama ada senaman untuk menguatkan otot, meningkatkan ketahanan jantung atau paru-paru dengan aerobik atau sukan lain seperti badminton dan sebagainya. Jangkamasa, bebanan atau kekerapan ulangan memainkan peranan penting bagi menentukan intensiti senaman. Mulakan dengan intensiti yang rendah di awal Ramadan dan boleh ditingkatkan 10 -15 peratus senaman setiap minggu mengikut keupayaan dan tujuan anda bersenam.
Anda tahu keupayaan diri anda, elakkan bersenam jika sekiranya badan anda tidak berupaya melakukan senaman demam, kekurangan cecair badan atau mengalami komplikasi penyakit terdahulu seperti tekanan darah tinggi kencing manis.
Persediaan secara psikologi juga memain kejayaan aktiviti senaman pada bulan puasa ini seperti mengetahui fisiologi badan semasa berpuasa, tenang, minat dan mengetahui tujuan serta aktiviti senaman yang akan dilakukan.
Walaubagaimanapun, anda perlulah mendapatkan nasihat doktor atau ahli fisioterapi jika sekiranya anda mempunyai
masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis atau jantung. Dengan bersenam juga dapat meningkatkan fizikal dan rohani anda bagi menghadapi cabaran-cabaran pada bulan Ramadan seperti bertarawih sepanjang malam yang memerlukan ketahanan minda dan kekuatan otot terutama pada bahagian kaki.
senaman01
Soalan Senaman, Pemakanan Pada Bulan Ramadhan

S : Bolehkah kita bersenam ketika berpuasa?
J : Ya, boleh tetapi ia bergantung kepada bentuk senaman.

S : Bila boleh bersenam cardio?
J : Ya, terutamanya jika ia bertujuan untuk pembakaran lemak. Senaman cardio 30-45 minit sebelum berbuka adalah sesuai kerana selepas itu, anda dapat mengembalikan tenaga selepas berbuka.

S : Bagaimana pula dengan intensiti senaman?
J Kita melakukan untuk, bukan untuk performance. Kalau anda berasa pening atau kurang selesa, sila berhenti. Senaman tanpa air yang mencukupi bukan mudah.

S : Bagaimana pula dengan latihan pemberat (weight training)?
J : Adalah tidak digalakkan sebelum berbuka.

S  : Bagaimana kalau kita melakukan weight training semasa berpuasa?
J : Kalau anda bertegas hendak melakukannya, anda harus ingat badan anda tiada tenaga untuk senaman berat yang berkualiti dan badan anda akan memecahkan otot untuk sember tenaga.

S : Apa diet yang sesuai untuk berbuka?
J : Seelok-eloknya makanan seimbang. Makan perlahan-lahan, ia mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk berasa kenyang.

S : Adakah kurma menggemukkan?
J : Ianya mengandungi gula, jadi elakkan pengambilan yang berlebihan dan jumlah kalori pula bergantung pada jenis dan saiz.

S : Adakah kita akan kehilangan berat badan semasa berpuasa?
J : Ya, semestinya.

S : Apakah jenis makanan yang sesuai semasa bersahur?
J : Ianya bergantung kepada keperluan dan kegemaran individu.

Sumber : Utusan Malaysia; http://kevinzahri.com
SEJAK 14 NOVEMBER, 2008
StatCounter - Free Web Tracker and Counter
PENAFIANDASAR PRIVASIDASAR KESELAMATAN

Jangan abai rawatan fisioterapi

Bagi sesetengah orang rawatan fisioterapi merupakan satu aktiviti senaman biasa dan perlu dilakukan pesakit yang dirujuk oleh doktor ke pusat tersebut.

Tidak kurang juga, ada dalam kalangan kita hanya memandang ringan rawatan tersebut, namun hakikatnya fisioterapi adalah satu bentuk rawatan pemulihan penting yang dapat membantu meredakan kesakitan.

Fisioterapi merupakan satu bentuk perkhidmatan kesihatan yang diberi kepada individu untuk memelihara dan memulihkan gerak badan fizikal pesakit secara maksimum.

Dalam erti kata lain, rawatan itu tidak memerlukan sebarang pembedahan dan lebih menjurus kepada usaha memulihkan seseorang menerusi beberapa pendekatan melibatkan 60 peratus aktiviti senaman.

Rawatan fisioterapi juga dilakukan secara manual seperti urutan atau dengan menggunakan pelbagai mesin khas.

Pengelola Pusat Fisioterapi Hospital KPJ Johor, Khazira Abd. Kahar berkata, tidak dinafikan masih ramai yang tidak tahu serta tidak memahami betapa penting rawatan fisioterapi, sekali gus keberkesanannya kepada pesakit.

Malah katanya, masih ramai juga tidak mengetahui bahawa rawatan itu boleh diberi kepada pesakit seawal bayi baru lahir sehingga warga emas yang uzur dalam usaha meningkatkan kualiti hidup mereka.

"Rawatan fisioterapi ini juga dapat membantu pesakit dewasa yang mempunyai komplikasi," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurutnya, kebanyakan hospital di negara ini dilengkapi pusat fisioterapi bagi membolehkan pesakit menjalani proses pemulihan mengikut tempoh yang dicadang doktor atau sehingga pesakit mencapai tahap kemampuan maksimum.

Di pusat rawatan itu, pakar fisioterapi akan menjalankan penilaian dan pemeriksaan, diagnosis, pelan rawatan, penilaian semula dan mengajar pesakit kaedah senaman yang betul.

"Rawatan ini juga merupakan kaedah terbaik dan sistematik bagi menilai fungsi tubuh yang tidak sempurna, antaranya sistem tulang, otot dan sendi, sistem kardiovaskular serta saraf.

"Mereka yang menerima rawatan itu seperti ahli sukan, kecederaan akibat kemalangan, 'slipped disc' dan strok," katanya sambil memberitahu pusat tersebut di Hospital KPJ Johor dibuka sejak 1983 dan dilengkapi dengan peralatan terkini menggunakan kaedah elektroterapi atau terapi manual dan senaman terapeutik.

Khazira berkata, kaedah elektroterapi merangkumi rawatan menggunakan ultrabunyi, mesin tarikan untuk bahagian tulang belakang (traction), rawatan haba dan inframerah, manakala manual pula seperti senaman dan terapeutik.

"Fisioterapi ini seperti satu program pemulihan menerusi cara mengajar dan melatih pesakit teknik yang betul untuk bergerak bagi mengurangkan sakit dan mengajar anggota badan kembali bergerak dan berfungsi seperti sediakala.

"Justeru, saya berharap mereka yang memerlukan fisioterapi supaya tidak mengambil mudah rawatan tersebut kerana dikhuatiri anggota badan yang sakit itu tidak dapat berfungsi seperti biasa jika tidak melakukannya," katanya.

Bagi memastikan fisioterapi difahami fungsi serta peranannya selain memastikan mereka yang memerlukan rawatan tidak mengambil mudah, pihak hospital kini giat memberi kesedaran tentang pentingnya rawatan berkenaan.

Selain menerusi pengedaran risalah, Pusat Fisioterapi Hospital Pakar KPJ Johor turut menawarkan rawatan tersebut di rumah kepada mereka yang memerlukannya.

JDT dan Pusat Fisioterapi

PUSAT FISIOTERAPI DAN SEMBUHPULIH JDT

Pasukan professional memerlukan infrastruktur yang professional untuk menampung segala keperluan mereka. Namun ianya tidak boleh terlalu drastik dan perlulah sejajar dengan keperluan dan kos semasa.

Dalam mengorak langkah kearah memantapkan keperluan pasukan JDT, sebuah lagi kemudahan telahpun siap dibina di padang Seri Gelam iaitu ‘Physiotherapy and Recovery Centre’ JDT.

Ianya merupakan satu-satunya kemudahan fisioterapi dan pusat rawatan susulan yang dimiliki oleh sesebuah pasukan bolasepak selain daripada yang sedia ada di MSN, malahan mungkin di Asia Tenggara.

Kemudahan ini yang dahulunya adalah sebuah astaka penonton, kini telah bertukar wajah dan fungsi kepada sebuah bangunan yang menempatkan jimnasium, pusat fisioterapi, pusat sembuh-pulih (recovery), mesin tab, jakuzi, tab ais selain daripada pejabat am, bilik persalinan dan stor peralatan dan mesin-mesin perubatan. Antara penambahan lain adalah lampu simbah di perimeter padang, tempat letak kereta dan padang bola untuk kanak-kanak.

Menurut Tunku Ismail,”Ini adalah kemudahan yang perlu agar pemain dapat ‘recover’ lebih cepat dari sebarang bentuk kecederaan, mesin-mesin perubatan sembuhpulih dari Kumpulan Perubatan Johor akan sampai sedikit masa lagi. Kos pembinaan dan peralatannya menelan belanja lebih kurang RM 3.5 juta dan itu bukan persoalan utama, yang penting kita invest kepada sesuatu yang membawa faedah”.

Ditanya tentang dengan perancangan kemudahan bolasepak yang lain, TMJ menambah,”Ini adalah sebahagian daripada pelan pembangunan bolasepak Johor termasuklah pembinaan sebuah akademi bolasepak, stadium utama baru dan dalam jangkamasa pendek ini, kita akan memperbaiki segala kemudahan yang ada. Banyak lagi perancangan yang ada dan kami mahu pastikan ianya adalah untuk kebaikan dan kegunaan pasukan Johor Darul Ta’zim”.

Terbaik sangat JDT!

Monday, May 30, 2016

Nisbah ahli Fisioterapi di Malaysia

KUALA LUMPUR - Hospital di seluruh negara menghadapi masalah kekurangan ahli fisioterapi untuk memenuhi keperluan rakyat, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, pada masa ini hanya terdapat 2,281 ahli fisioterapi iaitu 1,425 di hospital kerajaan dan 856 di hospital swasta.

Katanya, seorang ahli fisioterapi di Malaysia perlu merawat antara 15 dan 20 pesakit sehari, berbanding di Singapura dan Australia masing-masing lapan pesakit dan di Thailand sepuluh pesakit.

"Sementara mengikut populasi, di Singapura nisbahnya ialah 1:3,000, Australia 1:4,000, United Kingdom 1:3,000. Tetapi, Malaysia 1:13,000 penduduk.

"Ini menunjukkan bahawa kita perlu tambahan lebih daripada sekali ganda daripada yang ada sekarang jika mengikut norma negara maju," katanya menjawab soalan Khoo Soo Seang (BN-Tebrau) yang ingin tahu sama ada negara menghadapi kekurangan ahli fisioterapi.

Dr Hilmi berkata, pertambahan ahli fisioterapi di hospital kerajaan dan swasta adalah kira-kira 500 orang setahun, tetapi perlu mengambil kira mereka yang bersara atau meninggalkan perkhidmatan.

Katanya, walaupun terdapat ramai graduan dalam bidang itu di universiti awam dan swasta setiap tahun, namun kapasiti perjawatan yang kecil menyebabkan kementerian tidak dapat mengisi keperluan dengan sewajarnya.

Bagaimanapun, Dr Hilmi berharap mana-mana ahli fisioterapi yang gagal mendapatkan penempatan di hospital agar menubuhkan pasukan sendiri yang menawarkan perkhidmatan berkenaan seperti yang banyak terdapat di klinik swasta pada masa kini. - Bernama

Wednesday, May 18, 2016

Urutan Sport Massage. Apakah itu?

Mungkin masih ada pembaca yang belum tahu apa itu sport massage, bahkan baru pertama kali mendengar sport massage.


Sebenarnya bukanlah perkara baru,bahkan di luar negara khususnya negara-negara maju, sudah terbukti terhadap atlet-atlet olahraga menggunakan teknik sport massage untuk membantu meningkatkan tahap prestasi mereka.

 Untuk negara kita,  masih banyak atlet yang belum memanfaatkan teknik sport massage ini.
Sport massage adalah salah satu kaedah fisioterapi yang sudah dilakukan ribuan tahun lalu, dengan cara melancarkan pengaliran darah ke seluruh otot otot pada tubuh.


Manfaat Sport Massage Banyak antaranya dapat melancarkan pengaliran darah. Darah yang lancar dapat memastikan segala aktiviti otot kita berada dalam keadaan optimum. Ini disebabkan oleh, oksigen yang dibawa oleh darah dapat menembusi setiap pelusuk otot dari kepala hingga ke kaki.

 Seperti atlet mahupun orang yang aktif bersukan, mereka lebih memerlukan sport massage kerana dapat mengurangkan risiko kekejangan otot semasa, dan selepas bermain.


Physiotherapist,
Nidzam Yatimi
0193751337
@
En. Saiful
0194063906





Tuesday, May 17, 2016

PAKEJ RAWATAN FISIOTERAPI KAMI UNTUK PESAKIT CEREBRAL PALSY

PAKEJ RAWATAN CP INTENSIF DENGAN KAMI
 
1) 8x Rawatan CP di Rumah sebulan
Harga : RM250 sebulan. Dicadangkan 2x seminggu. Baki rawatan yang tidak digunakan, tidak boleh dibawa ke bulan berikutnya.
Tujuan : Hanya dengan kekerapan rawatan sahaja membolehkan pesakit CP boleh menunjukan peningkatan pemulihan dengan berkesan. 
Jenis Rawatan : Sangat bergantung kepada Tahap CP dan Usia. PutraMedic akan menyesuaikan jenis rawatan (Rawatan saraf, urutan, fizikal terapi,MAT aktiviti, Neuro Development Therapy, etc) mengikut level kemajuan setiap pesakit CP itu.

Masa Rawatan : Temujanji sangat diperlukan kerana slot yang amat terhad. Setiap sesi rawatan adalah 90 minit.

2)8x rawatan selama dua bulan di rumah
Harga = RM200
Tujuan : Hanya dengan kekerapan rawatan sahaja membolehkan pesakit CP boleh menunjukan peningkatan pemulihan dengan berkesan. 



  
 
 
RAWATAN LAIN

Semua Rawatan adalah dibuat di Rumah Pesakit @Home physio @ Outcall sahaja
 
-Neurological conditions such as Stroke, Cerebral Palsy, Head Injury, Injuries to spinal cord.
 
-Cardiopulmonary conditions such as Asthma, Bronchitis, Pneumonia after Bypass surgeries.
 
-Muscular skeletal conditions as fractures, dislocations, arthritis and sport injuries.
 
-Pediatrics such as Cerebral Palsy, Spinal Bifida, Down syndrome, Muscular Dystrophy.
Rheumatoid Arthritis.
 
-Ante-natal / Post-natal counseling and exercises.
 
- Ergonomics


-Sport Massge


Hubungi 0193751337 

En.Nidzam,
Physiotherapist anda

@

0194063906 

En. Saiful

Rawatan Fisioterapi di Rumah Anda sekitar Kuantan

RAWATAN FISIOTERAPI DI RUMAH SEKITAR KUANTAN : PHYSIOTHERAPY HOME SERVICE
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN : SERVICES PROVIDED


Ya.
Kami akan lakukan rehabilitasi @ rawatan fisioterapi di RUMAH anda!
Yes we'll definitely do the rehabilitation at yoir preferred place!

1) REHABILITASI STROK : STROKE REHABILITATION

Rehabilitasi strok merupakan satu kaedah pemulihan fizikal bagi membantu pesakit strok mendapatkan kembali keupayaan melakukan fungsi pergerakan yang telah hilang serta meminimakan kebergantungan pesakit kepada penjaga. 
Matlamat utama rehabilitasi strok adalah :
Memaksimakan tahap kebolehan berdikari pesakit untuk melaksanakan aktiviti fizikal serta penjagaan diri.
Membantu pesakit mengurangkan kesan negatif akibat daripada strok. Contoh: sendi menjadi keras dan otot mengecil akibat tiada pergerakan, hilang keseluruhan upaya untuk melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan.
Memperbaiki keseimbangan badan.
Membantu pesakit agar dapat kembali berkerja terutama bagi pesakit yang masih bekerja.
Cas perkhidmatan adalah berdasarkan keadaan pesakit. 
RM 80 - RM100 ( sesi pertama ; penilaian keseluruhan dan rawatan. Durasi rawatan : 90 minit - 120 minit )
RM 50 - RM 80 ( sesi seterusnya bergantung pada keadaan pesakit. Durasi rawatan : 60 minit - 90 minit )

Stroke rehabilitation was one of the physical therapy method that aimed to helped stroke patient to gain back the ability to do functional activity and to maximize patient's  independence.
Main goal was to :
To maximize the ability to perform physical activity and self care independently.
To reduce secondary complication that can cause by stroke. Example; joint and muscle stiffness due to lack of activity, total lost of ability to do functional activity such as walking.
To improve balance.
To help patient get back to work.
Service charge was based on patient's condition.
RM 80 - RM 100 ( first session ; full assessment with treatment. Treatment Duration : 90 min - 120 min ) 
RM 50 - RM 80 ( follow up session depends on patient's condition. Treatment duration : 60 min - 90 min )



2) RAWATAN MUSKULOSKELETAL : MUSCULOSKELETAL TREATMENT
Rawatan Musculoskeletal yang disediakan adalah bagi merawat masalah yang melibatkan sendi dan otot. Kebiasaan rawatan adalah melibatkan SAKIT LEHER/ SAKIT BAHU/ SAKIT BELAKANG / SAKIT LUTUT.
Cas perkhidmatan :
RM 80 ( sesi pertama ; penilaian keseluruhan dan rawatan. Durasi rawatan : 90 minit )
RM 50 ( sesi seterusnya. Durasi rawatan : 60 minit )

Musculoskeletal treatments offered was to treat problems involving the joint and muscle. Common problem treated are NECK PAIN/ SHOULDER PAIN/ BACK PAIN/ KNEE PAIN.
Service charge :
RM 80 ( first session ; whole assessment and treatment. Treatment duration : 90 min )
RM 50 ( follow up session. Treatment duration : 60 min )



3) URUTAN RELAKSASI (UNTUK LELAKI SAHAJA) : RELAXATION MASSAGE (FOR MEN ONLY)
Bahagian atas badan (tangan, lengan dan leher ) ; RM 45. Durasi : 45 minit
Bahagian bawah badan (keseluruhan kaki; depan dan belakang ) ; RM 45. Durasi : 45 minit 
Seluruh bahagian belakang badan ; RM 45. Durasi : 45 minit
Seluruh badan (tangan, badan sehingga kaki ) ; RM 80. Durasi : 60 minit

Upper body (hand, arm and neck ) ; RM 45. Duration : 45 minutes
Lower body ( whole leg; front and back ) ; RM 45. Duration : 60 minutes
Whole back of the body ; RM 45. Duration : 45 minutes
Full body ( hands, body and legs ) : RM 80. Duration : 60 minutes

*cas pengangkutan adalah termasuk dalam semua cas perkhidmatan.
*transportation charge was included in all service charge.

Apa tunggu lagi? Tempahlah Slot Anda SEKARANG!
Fisioterapi di rumah anda!
Kesihatan anda keutamaan kami!



Hubungi 0193761337
En Nidzam,
Physiotherapist anda

@
0194063906 
En. Saiful