Tuesday, May 17, 2016

Sakit Lutut? Apakah penyelesaiannya?

sakit lutut ketika berjalan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya sejarah kecederaan sukan, kemalangan dsb
SAKIT lutut lazimnya dikategorikan sebagai sakit ‘orang tua’ kerana rungutan yang sering didengari adalah daripada kalangan warga emas.
Punca utama terjadi sakit lutut selalunya dikaitkan dengan osteoartritis, tetapi sekiranya golongan muda yang mengalami sakit lutut, mungkin akibat daripada berat badan yang berlebihan (obesiti), kecederaan sukan atau kemalangan, dan jatuh atau trauma.
Menurut Pakar Fisioterapi, Hospital Pakar Ampang Puteri, Juemiah Ruzaini, sakit lutut tergolong dalam salah satu penyakit kronik yang menyerang apabila seseorang sedang berjalan, berdiri, dan kadangkala semasa rehat.
Katanya, keadaan ini akan menyebabkan lutut pesakit sukar untuk digerakkan serta tidak boleh dilipat sepenuhnya, menyebabkan sekiranya mahu bersolat, ada yang terpaksa duduk di atas kerusi.
“Lutut antara salah satu anggota badan yang memerlukan penjagaan sepanjang hayat kerana digunakan setiap hari dalam setiap pergerakan.
“Untuk itu lutut perlulah kuat bagi membolehkan pergerakan lancar. Sehubungan itu kita perlulah melakukan senaman setiap hari dalam usaha untuk menguatkan otot-otot serta sendi-sendi lutut.
“Apa yang berlaku hari ini (sakit dan kecederaan lutut) adalah disebabkan kurangnya penjagaan serta senaman,” ujarnya ketika ditemui, baru-baru ini.

gambar rajah menunjukkan lutut yang normal dan lutut yang sudah mengalami kerosakan akibat gel antara tulang sudahpun haus
sakit lutut aku
Begitu pun tutur Juemiah, bagi mereka yang mengalami sakit lutut, salah satu cara untuk mengurangkan kesakitan adalah dengan melakukan rawatan fisioterapi.
Tambahnya, rawatan fisioterapi bukan sahaja boleh mengurangkan kesakitan tetapi mampu memulihkan sehingga 90 peratus kesakitan lutut.
“Apa yang perlu dilakukan oleh pesakit ialah dengan menjalani rawatan fisioterapi sebanyak tiga kali seminggu, pada waktu pagi dan malam. Jika melakukan senaman, perlu dilakukan sebanyak tiga hingga lima kali seminggu dan purata setiap kali senaman selama 45 minit.
“Yang pasti, baik rawatan fisioterapi mahu pun senaman, kedua-duanya dapat menguatkan kembali otot-otot lutut serta kaki dan perlu dilakukan dengan ulangan sebanyak 30 kali,” katanya.
Ulas Juemiah lagi, bagi memulihkan otot-otot serta sendi-sendit lutut yang sakit, setiap pesakit perlulah melakukan rawatan fisioterapi dan juga senaman secara berterusan selama tiga bulan berturut-turut.
Selepas tempoh tersebut baru boleh dilakukan selang sehari dan beritahu Juemiah, dengan peralatan yang mudah dibeli dan didapati di kedai-kedai sukan hari ini, senaman serta rawatan fisioterapi boleh dilakukan di rumah.
Untuk pengetahuan bersama Juemiah turut memberi nasihat, yang mana katanya, sekiranya ada individu yang terjatuh dan lututnya terkena sesuatu objek keras, jangan disapu dengan minyak panas kerana tindakan tersebut akan menyebabkan lutut menjadi bertambah bengkak.
Sebaliknya kecederaan di lutut harus dirawat dengan meletakkan ais selama 15 minit di atasnya bagi menghentikan pendarahan dalaman dan selepas itu barulah dibalut dan rehatkan kaki.
Kepada mereka yang mengalami osteoartritis pula, tuam dengan tuala panas selama 15 minit bagi melegakan dan melancarkan kembali peredaran darah.
Juemiah turut menasihatkan orang ramai agar melakukan regangan terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang aktiviti sukan dan sekiranya mereka melakukan senaman serta rawatan fisioterapi yang menggunakan pemberat, adalah dinasihatkan agar duduk dalam posisi yang betul untuk mengelakkan kesakitan pada badan.


Fisioterapi sekitar kuantan..

hubungi kami segera!
0193761337
En. Nidzam,
Physiotherapist anda

@

0194063906 
En. Saiful
Physiotherapist

Fisio ni tukang urut ke?

      Fisioterapi, yang dijalankan oleh ahli fisioterapi, membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya. Dengan tumpuan utama kepada pergerakan terkawal dan seimbang, peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerak yang lebih baik, fisioterapi menyediakan batu asas fizikal yang diperlukan di mana fungsi dan kemandirian lain boleh dibentuk


      Di dalam fisioterapi, terdapat pelajaran asas di mana semua yang akan mengendalikan pesakit wajib ada ilmu tentang anatomi, fisiologi, exercise terapi, manual terapi, exercise fisiologi dan bermacam macam lagi disipilin ilmu. Tidak lah seseorang itu sewenang wenangnya dapat mengamalkan bidang fisiotterapi ini.

Jumlah pengajian biasanya mengambil masa sehingga 3-4 tahun untuk diploma dan degree. 

    Sememangnya, rakyat Malaysia sering mengaitkan ahli fisioterapi dengan tukang urut walhal tidaklah sebegitu. ahli fisioterapi boleh sahaja mengamalkan urut, tetapi bukanlah urutan yang dibuat-buat tanpa ilmu dan asas. Semua urutan dalam bidang fisioterapi adalah hasil kajian yang menyeluruh dan terbukti dapat mengembalikan fungsi badan seperti sedia kala.


gambar hiasan 1



jadi , berjumpalah dengan fisioterapi anda hari ini untuk megetahui dengan lebih lanjut apakah masalah yang anda hadapi.

untuk kawasan kuantan dan sekitar, boleh hubungi kami sekarang...

Hubungi 

0193761337
En. Nidzam,
Physiotherapist anda

@

0194063906 
En. Saiful
Physiotherapist

Rawatan Terbaik Untuk Sakit Belakang

Pengenalan

Sakit belakang adalah rasa sakit, ketegangan otot atau kaku (stiffness) di mana-mana bahagian belakang tubuh. Ia mungkin menjalar ke bahagian punggung atau kaki.
Sakit belakang boleh diklasifikasi kepada peringkat akut, kronik dan Berulang (recurrent).
Sakit belakang yang di alami berpunca dari :
  • Kecederaan otot
  • Patah tulang belakang
  • Perubahan kepada cakera (disc)
  • Postur tidak betul
  • Saluran spinal menjadi sempit (spinal sternosis)


Objektif Rawatan Fisioterapi
  1. Untuk mengurangkan sakit
  2. Untuk menguatkan otot belakang dan abdominal
  3. Untuk mengekalkan julat pergerakan badan
  4. Untuk meningkatkan julat pergerakkan badan
  5. Untuk membantu pesakit melakukan aktiviti seharian secara maksimum tanpa rasa sakit
Gejala / Tanda
  • Sakit belakang akut – Sakit yang di alami dalam tempoh 1 hari hingga 3 bulan
  • Sakit belakang kronik – Sakit yang di alami melebihi 3 bulan
  • Sakit belakang berulang (recurrent) – Sakit yang berulang dalam tempoh kurang dari 3 bulan
Komplikasi
Limitasi dalam aktiviti seharian adalah disebabkan sakit.
Pencegahan
Pastikan postur yang betul dalam semua posisi semasa duduk, berdiri, baring atau semasa melakukan aktiviti seharian dengan mengambil kira pekara- pekara berikut :
Semasa baring
  • Pilih tilam yang tegap (firm). Ini dapat menyokong tulang belakang dengan baik.
  • Posisi yang dicadangkan : mengiring dan melenkung tubuh ke hadapan dengan bantal diantara dua lutut
Semasa berjalan
  • Memakai kasut bertumit rendah yang selesa
Semasa duduk
  • Menggunakan kerusi bersandar (back rest) yang boleh menyokong tulang belakang dengan baik
  • Gunakan bantal kecil atau lumbar roll untuk menyokong bahagian belakang
Semasa berdiri
  • Sekiranya berdiri terlalu lama, rehatkan satu kaki secara bergilir- gilir di atas bangku kecil yang rendah
    • Gunakan teknik mengangkat / mengalih yang betul
    • Lakukan senaman secara tetap
    • Menjaga berat badan
    • Kecergasan menyeluruh
Rehabilitasi
  1. Pengurusan sakit
    • Ice pack – untuk sakit belakang yang akut.
    • Cara melakukan : balut ice pack dengan kain basah dan letak dibahagian sakit selama 15 minit.
    • Pastikan bahagian yang sakit tidak disapu dengan minyak panas sebelum ice pack diletakkan.
    • hot pack – untuk sakit belakang yang kronik dan berulang.
    • Cara melakukan : balut hot pack menggunakan lapisan tuala secukupnya (pastikan tidak terlalu panas) dan letakkan di bahagian yang sakit selama 20 minit.
  1. Program senaman sakit belakang
    Knee to Chest
    • Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan
    • Cara melakukan : pegang belakang peha dan tarik ke arah dada.
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali
    Pelvic tilt
    • Posisi : baring di atas permukaan yang rata
    • Cara melakukan : tarik otot  abdominal ke dalam, tekan belakang ke bawah, bernafas seperti biasa, tahan lima saat
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali
    Hip Rolling
    • Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan
    • Cara melakukan : letak tangan secara bersilang di bahagian dada, pusing kepala ke sebelah kanan manakala kedua-dua lutut pusing ke sebelah kiri. Kemudian luruskan lutut dengan perlahan- lahan.
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali
    Lower Abdominal Exercise
    • Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan.
    • Cara melakukan :
    1. Gerakkan lutut kanan ke dada, tahan 5 saat kemudian relaks, Ulangi kaedah ini pada lutut sebelah kiri.
    2. Angkat kaki ke atas dengan lutut dalam keadaan lurus. Kemudian perlahan- lahan turunkan kaki ke lantai. Ulangi kaedah ini pada lutut sebelah.
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali.
    Cat and camel
    • Posisi : merangkak
    • Cara melakukan : perlahan-lahan bahagian belakang melendut ke bawah (melengkung ke bawah) dan muka menghadap ke dinding. Kemudian gerakkan otot abdominal ke dalam dan bahagian belakang melengkung ke luar.
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali.
    Hip Extension
    • Posisi : Merangkak
    • Cara melakukan : gerakkan lutut ke arah  kedepan, dan ke belakang sehingga kedua-dua blutut  dan peha selari dengan lantai.
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali
  1. Lumbar stabilization Exercises
    • Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan
    • Cara Melakukan : luruskan lutut kanan, Gerakkan otot abdominal ke dalam, pastikan badan dalam posisi neutral. Angkat kaki kanan setinggi 12 inci, lutut kanan dalam keadaan lurus, tahan 3 saat dan turunkan kaki.
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali.
Rujukan
  1. Care protocol Low Back Pain oleh Jawatankuasa teknikal Profesion Fisioterapi, KKM
  2. Tarek, M. Khalil, 1993, Ergonomics  in Back Pain, A Guide to Prevention and Rehabilitation,New York,  Van Nostrand Reinhold
Semakan Akhir:18 Mei 2016
Penulis:Datin Hajah Asiah bt Mohd Hashim


HUBUNGI SEGERA RAWATAN SEKITAR KUANTAN!

Hubungi 0193761337
En. Nidzam,
Physiotherapist anda

@

0194063906 
En. Saiful

Apa itu Ketegangan Otot?

Ketegangan otot, atau otot ditarik, adalah apabila otot anda adalah sememangnya telah terlalu padat atau koyak. Ini biasanya berlaku akibat keletihan, berlebihan atau penggunaan otot yang tidak wajar. Strain boleh berlaku dalam mana-mana otot, tetapi adalah yang paling biasa pada otot di kawasan pinggang (lower back), leher, bahu, dan hamstring (otot belakang paha).

Ketegangan otot menyebabkan kesakitan dan boleh membataskan pergerakan dalam kumpulan otot yang terjejas. Strain ringan kepada sederhana boleh dirawat di rumah dengan ais, haba, dan ubat-ubatan anti -radang. Strain tahap tinggi atau koyakan mungkin memerlukan rawatan perubatan.

Gejala ringan kepada strain otot yang sederhana biasanya hilang dalam masa beberapa minggu . Strain yang lebih teruk mungkin mengambil bulan untuk sembuh.
Tanda-tanda Ketegangan otot

Gejala termasuk :
1.       Sakit secara tiba-tiba sakit
2.       Kesakitan
3.       Julat pergerakan menjadi terhad
4.       Lebam atau perubahan warna
5.       Bengkak
6.       Merasa sukar untuk bergerak (seperti diikat)
7.       Otot bergegar
8.       Kekakuan otot
9.       Kelemahan otot

Dalam kes strain sederhana, otot koyak (otot terlibat) akan merasai keras, tetapi masih cukup fleksibel untuk digunakan. Ketegangan otot yang teruk ialah apabila otot koyak dan menyebabkan kesakitan serta pergerakan yang sangat terhad .

Punca Ketegangan otot
Satu ketegangan otot akut ialah apabila otot anda terkoyak secara tiba-tiba dan tidak disangka-sangka . Ini boleh disebabkan oleh :
1.       Tidak memanaskan badan dengan betul sebelum aktiviti fizikal
2.       Fleksibiliti yang lemah
3.       Keupayaan (conditioning) fizikal yang lemah
4.       Terlalu memaksa dan keletihan

Satu ketegangan akut boleh berlaku apabila anda :
1.       Tergelicir atau kehilangan kedudukan anda
2.       Melompat, berlari , atau melempar
3.       Mengangkat sesuatu yang berat
4.       Mengangkat dalam kedudukan yang janggal

Strain otot kronik adalah hasil daripada pergerakan berulang-ulang. Ini boleh disebabkan oleh :
1.       Sukan seperti mendayung , tenis, golf, atau besbol
2.       Mengekalkan kedudukan yang janggal untuk jangka masa yang lama, seperti bekerja di meja
3.       Postur badan yang lemah

Bantuan Pertama bagi Ketegangan otot
Kebanyakan tapisan otot boleh dirawat di rumah. Menurut Klinik Mayo, strain otot kecil boleh dirawat dengan kaedah RICE: Rehat(Rest), Ais(Ice), Mampatan(Compression) dan Ketinggian (Elevation) ( Mayo Clinic, 2011).

Berehat. Elakkan menggunakan otot anda untuk beberapa hari, terutamanya jika pergerakan menyebabkan peningkatan dalam kesakitan. Rehat terlalu banyak boleh menyebabkan otot menjadi lemah, yang boleh memanjangkan proses penyembuhan. Selepas dua hari, perlahan-lahan mula menggunakan kumpulan otot yang terjejas, menjaga supaya tidak keterlaluan.

Ais. Letakkan ais sebaik sahaja berlaku kecederaana. Ini akan mengurangkan bengkak. Jangan letakkan ais secara langsung pada kulit - penggunaan pek ais atau balut ais dalam tuala. Pastikan ais di otot anda selama kira-kira 15 minit. Ulangi setiap jam pada hari pertama . Untuk beberapa hari akan datang , letakkan ais kira-kira setiap empat jam.

Mampatan. Untuk mengurangkan bengkak, balut kawasan yang terjejas dengan pembalut elastik sehingga bengkak surut. Jangan membalut dengan terlalu ketat, kerana ini boleh mengurangkan peredaran darah.

Tinggikan . Dalam apa keadaan, patikan otot yang tercedera ditinggikan melebihi atas paras jantung anda.

Kaedah penjagaan diri yang lain termasuk:
A.      Ubat-ubatan anti -radang. Gunakan ubat anti –radang yang boleh diperolehi di farmasi, seperti acetaminophen atau ibuprofen. Ini akan membantu mengurangkan kesakitan dan mengurangkan bengkak.
B.      Haba. Selepas tiga hari, kenakan haba (minyak, tuam dll) kepada otot beberapa kali sehari.
C.      Regangan. Tidak merehatkan otot terlalu lama. Ini boleh menyebabkan ketegangan dan kelemahan. Mulakan regangan ringgan secepat mungkin . Perlahan-lahan meningkatkan tahap aktiviti .
D.      Memanaskan badan. Apabila anda kembali ke aktiviti biasa , pastikan untuk meregangkan dan memanaskan badan sebelum bersenam.
E.       Kekalkan kecergasan. Anda kurang cenderung untuk mengalami kecederaan jika otot anda kuat dan sihat.

Apakah itu frozen shoulder (sakit pada bahagian bahu)

Apakah Frozen Shoulder?

Frozen Shoulder adalah hasil daripada keradangan, parut, penebalan, dan pengecutan kapsul yang mengelilingi sendi bahu. Apa-apa kecederaan bahu boleh membawa kepad Frozen Shouder, termasuk tendinitis (tendon), lebam, dan kecederaan rotator cuff (sindrom rotator cuff). Frozen Shoulder berlaku lebih kerap pada pesakit dengan faktor-faktor risiko kencing manis, artritis radang kronik bahu, atau selepas pembedahan dada atau payudara. Immobility(tidak gerak) bahu dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan berlakunya Frozen Shoulder.

Frozen Shoulder adalah satu keadaan dimana sendi bahu mengalami kehilangan besar dalam julat gerakan bagi semua arah. Julat gerakan adalah terhad bukan sahaja apabila pesakit cuba menggerakan bahu tetapi juga apabila doktor cuba untuk menggerakkan sendi sepenuhnya semasa pesakit dalam keadaan diam. Frozen Shoulder dari segi perubatan disebut sebagai adhesive capsulitis.

Apakah gejala dan tanda-tanda Frozen Shoulder?
Gejala dan tanda-tanda krcederaan Frozen Shoulder termasuk kesakitan, kekakuan, dan kehilangan pelbagai gerakan bahu. Julat gerakan bahu adalah terhad apabila sama ada pesakit atau pemeriksa cuba untuk bergerak sendi. Bahu boleh mengalami sakit yang meningkat dengan penggunaan. Gejala-gejala ini boleh memnyebabkan tidur yang tidak selesa.
Frozen Shoulder biasanya terjadi secara perlahan-lahan, dan dalam tiga peringkat. Setiap peringkat ini boleh bertahan beberapa bulan.

Peringkat menyakitkan (Painful): Pada peringkat ini, kesakitan berlaku dengan mana-mana pergerakan bahu, dan ROM bahu gerakan mula menjadi terhad.
Peringkat dibekukan (Frozen): Sakit mungkin mula berkurangan semasa peringkat ini. Walau bagaimanapun, bahu menjadi lebih keras, dan ROM menurun sedikit demi sedikit.
Peringkat Pencairan (Thawing): Pada peringkat pencairan ini, ROM di bahu anda mula bertambah baik.

Punca berlakunya Frozen Shoulder
Tulang-tulang, ligamen dan tendon yang membentuk sendi bahu adalah bersalut dalam kapsul tisu penghubung. Frozen Shoulder berlaku apabila kapsul ini pekat dan mengetatkan sekeliling sendi bahu, sekaligus menyekat pergerakannya. Doktor tidak pasti mengapa ini berlaku kepada sesetengah orang dan tidak kepada orang lain, walaubagaimanapun ia lebih kerap berlaku pada orang yang baru mengalami immobilization berpanjangan bahu mereka, seperti selepas pembedahan atau patah lengan.
Walaupun punca sebenar tidak diketahui, faktor-faktor tertentu boleh meningkatkan risiko anda mendapat Frozen Shoulder.

Umur dan jantina
Orang berumur 40 keatas lebih cenderung untuk mengalami Frozen Shoulder. Kebanyakan orang yang mengalaminya adalah wanita.

Immobiliti atau mobiliti dikurangkan
Orang yang telah mengalami imobiliti berpanjangan atau pergerakan terbatas pada bahu mempunyai risiko tinggi mendapat Frozen Shoulder. Imobiliti mungkin terhasil daripada banyak faktor, termasuk:
- Strok 
- Patah tangan
- Penyakit sistemik
- Kecederaan pada Rotator Cuff
- Pemulihan daripada pembedahan

Orang yang mempunyai masalah perubatan tertentu boleh terdedah kepada Frozen Shoulder. Contohnya termasuk:
- Diabetes
- Tuberculosis
- Penyakit Parkinson
- Penyakit kardiovaskular
- Tiroid terlalu aktif (hipertiroidisme)
- Tiroid tidak begitu aktif (hipotiroidisme)

Sweddish massage technique / teknik sweddish massage

Berikut merupakan teknik sweddish massage.

Memang terbaik!

Hubungi kami.

Sekitar kuantan

Urutan terbaik di kuantan....

Nidzam-0193751337
Saiful- 0194063906

Apakah itu urutan sukan @ sport massage?

Apa itu Urutan Sukan?
Urutan sukan adalah sejenis urutan yang khusus disesuaikan dengan kecederaan atau penyakit yang berkaitan dengan sukan. Ia tidak bertujuan untuk menjadi urutan yang merehatkan dan sememangnya ia boleh menjadi agak kuat pada masa-masa tertentu. Berbeza dengan namanya, urutan sukan tidak hanya digunakan oleh ahli sukan profesional atau orang-orang yang banyak bekerja. Ia memberi manfaat kepada sesiapa sahaja, walaupun ia hanya senaman ringan seperti berjalan biasa.


Tujuan Urut Sukan
Urut sukan direka untuk mencegah dan melegakan kecederaan dan keadaan yang berkaitan dengan senaman atau sukan. Ia selalunya boleh agak berat dan yang bermaksud untuk melegakan dan mengurangkan tekanan dan ketegangan yang terdapat di dalam tisu lembut badan semasa bersukan. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa, atau selepas bermain sukan atau bersenam dan menggunakan teknik-teknik yang direka untuk meningkatkan daya tahan dan prestasi, untuk mengurangkan peluang kecederaan dan jika terdapat kecederaan, untuk mengurangkan masa pemulihan.

Apa Urut Sukan Boleh Lakukan Untuk Anda
Urut sukan boleh merawat pelbagai penyakit dan kecederaan yang mungkin berlaku akibat daripada senaman. Ia juga mempunyai faedah lain yang membolehkan anda untuk berlatih atau bersukan dengan lebih cekap. Beberapa faedah urutan sukan termasuk:
1. Mengurangkan kadar keletihan
2. Melegakan bengkak
3. Mengurangkan ketegangan otot
4. Menggalakkan fleksibiliti
5. Melegakan kesakitan
6. Mencegah kecederaan
7. Meningkatkan kadar jantung dan tekanan darah
8. Meningkatkan peredaran darah dan aliran limfa
9. Merawat kecederaan seperti splin shin , siku tenis (tennis elbow) , terseliuh dan strain , paha (hamstring) dan lain-lain.