Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Tuesday, May 17, 2016

Sakit Lutut? Apakah penyelesaiannya?

sakit lutut ketika berjalan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya sejarah kecederaan sukan, kemalangan dsb
SAKIT lutut lazimnya dikategorikan sebagai sakit ‘orang tua’ kerana rungutan yang sering didengari adalah daripada kalangan warga emas.
Punca utama terjadi sakit lutut selalunya dikaitkan dengan osteoartritis, tetapi sekiranya golongan muda yang mengalami sakit lutut, mungkin akibat daripada berat badan yang berlebihan (obesiti), kecederaan sukan atau kemalangan, dan jatuh atau trauma.
Menurut Pakar Fisioterapi, Hospital Pakar Ampang Puteri, Juemiah Ruzaini, sakit lutut tergolong dalam salah satu penyakit kronik yang menyerang apabila seseorang sedang berjalan, berdiri, dan kadangkala semasa rehat.
Katanya, keadaan ini akan menyebabkan lutut pesakit sukar untuk digerakkan serta tidak boleh dilipat sepenuhnya, menyebabkan sekiranya mahu bersolat, ada yang terpaksa duduk di atas kerusi.
“Lutut antara salah satu anggota badan yang memerlukan penjagaan sepanjang hayat kerana digunakan setiap hari dalam setiap pergerakan.
“Untuk itu lutut perlulah kuat bagi membolehkan pergerakan lancar. Sehubungan itu kita perlulah melakukan senaman setiap hari dalam usaha untuk menguatkan otot-otot serta sendi-sendi lutut.
“Apa yang berlaku hari ini (sakit dan kecederaan lutut) adalah disebabkan kurangnya penjagaan serta senaman,” ujarnya ketika ditemui, baru-baru ini.

gambar rajah menunjukkan lutut yang normal dan lutut yang sudah mengalami kerosakan akibat gel antara tulang sudahpun haus
sakit lutut aku
Begitu pun tutur Juemiah, bagi mereka yang mengalami sakit lutut, salah satu cara untuk mengurangkan kesakitan adalah dengan melakukan rawatan fisioterapi.
Tambahnya, rawatan fisioterapi bukan sahaja boleh mengurangkan kesakitan tetapi mampu memulihkan sehingga 90 peratus kesakitan lutut.
“Apa yang perlu dilakukan oleh pesakit ialah dengan menjalani rawatan fisioterapi sebanyak tiga kali seminggu, pada waktu pagi dan malam. Jika melakukan senaman, perlu dilakukan sebanyak tiga hingga lima kali seminggu dan purata setiap kali senaman selama 45 minit.
“Yang pasti, baik rawatan fisioterapi mahu pun senaman, kedua-duanya dapat menguatkan kembali otot-otot lutut serta kaki dan perlu dilakukan dengan ulangan sebanyak 30 kali,” katanya.
Ulas Juemiah lagi, bagi memulihkan otot-otot serta sendi-sendit lutut yang sakit, setiap pesakit perlulah melakukan rawatan fisioterapi dan juga senaman secara berterusan selama tiga bulan berturut-turut.
Selepas tempoh tersebut baru boleh dilakukan selang sehari dan beritahu Juemiah, dengan peralatan yang mudah dibeli dan didapati di kedai-kedai sukan hari ini, senaman serta rawatan fisioterapi boleh dilakukan di rumah.
Untuk pengetahuan bersama Juemiah turut memberi nasihat, yang mana katanya, sekiranya ada individu yang terjatuh dan lututnya terkena sesuatu objek keras, jangan disapu dengan minyak panas kerana tindakan tersebut akan menyebabkan lutut menjadi bertambah bengkak.
Sebaliknya kecederaan di lutut harus dirawat dengan meletakkan ais selama 15 minit di atasnya bagi menghentikan pendarahan dalaman dan selepas itu barulah dibalut dan rehatkan kaki.
Kepada mereka yang mengalami osteoartritis pula, tuam dengan tuala panas selama 15 minit bagi melegakan dan melancarkan kembali peredaran darah.
Juemiah turut menasihatkan orang ramai agar melakukan regangan terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang aktiviti sukan dan sekiranya mereka melakukan senaman serta rawatan fisioterapi yang menggunakan pemberat, adalah dinasihatkan agar duduk dalam posisi yang betul untuk mengelakkan kesakitan pada badan.


Fisioterapi sekitar kuantan..

hubungi kami segera!
0193761337
En. Nidzam,
Physiotherapist anda

@

0194063906 
En. Saiful
Physiotherapist

Rawatan Terbaik Untuk Sakit Belakang

Pengenalan

Sakit belakang adalah rasa sakit, ketegangan otot atau kaku (stiffness) di mana-mana bahagian belakang tubuh. Ia mungkin menjalar ke bahagian punggung atau kaki.
Sakit belakang boleh diklasifikasi kepada peringkat akut, kronik dan Berulang (recurrent).
Sakit belakang yang di alami berpunca dari :
  • Kecederaan otot
  • Patah tulang belakang
  • Perubahan kepada cakera (disc)
  • Postur tidak betul
  • Saluran spinal menjadi sempit (spinal sternosis)


Objektif Rawatan Fisioterapi
  1. Untuk mengurangkan sakit
  2. Untuk menguatkan otot belakang dan abdominal
  3. Untuk mengekalkan julat pergerakan badan
  4. Untuk meningkatkan julat pergerakkan badan
  5. Untuk membantu pesakit melakukan aktiviti seharian secara maksimum tanpa rasa sakit
Gejala / Tanda
  • Sakit belakang akut – Sakit yang di alami dalam tempoh 1 hari hingga 3 bulan
  • Sakit belakang kronik – Sakit yang di alami melebihi 3 bulan
  • Sakit belakang berulang (recurrent) – Sakit yang berulang dalam tempoh kurang dari 3 bulan
Komplikasi
Limitasi dalam aktiviti seharian adalah disebabkan sakit.
Pencegahan
Pastikan postur yang betul dalam semua posisi semasa duduk, berdiri, baring atau semasa melakukan aktiviti seharian dengan mengambil kira pekara- pekara berikut :
Semasa baring
  • Pilih tilam yang tegap (firm). Ini dapat menyokong tulang belakang dengan baik.
  • Posisi yang dicadangkan : mengiring dan melenkung tubuh ke hadapan dengan bantal diantara dua lutut
Semasa berjalan
  • Memakai kasut bertumit rendah yang selesa
Semasa duduk
  • Menggunakan kerusi bersandar (back rest) yang boleh menyokong tulang belakang dengan baik
  • Gunakan bantal kecil atau lumbar roll untuk menyokong bahagian belakang
Semasa berdiri
  • Sekiranya berdiri terlalu lama, rehatkan satu kaki secara bergilir- gilir di atas bangku kecil yang rendah
    • Gunakan teknik mengangkat / mengalih yang betul
    • Lakukan senaman secara tetap
    • Menjaga berat badan
    • Kecergasan menyeluruh
Rehabilitasi
  1. Pengurusan sakit
    • Ice pack – untuk sakit belakang yang akut.
    • Cara melakukan : balut ice pack dengan kain basah dan letak dibahagian sakit selama 15 minit.
    • Pastikan bahagian yang sakit tidak disapu dengan minyak panas sebelum ice pack diletakkan.
    • hot pack – untuk sakit belakang yang kronik dan berulang.
    • Cara melakukan : balut hot pack menggunakan lapisan tuala secukupnya (pastikan tidak terlalu panas) dan letakkan di bahagian yang sakit selama 20 minit.
  1. Program senaman sakit belakang
    Knee to Chest
    • Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan
    • Cara melakukan : pegang belakang peha dan tarik ke arah dada.
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali
    Pelvic tilt
    • Posisi : baring di atas permukaan yang rata
    • Cara melakukan : tarik otot  abdominal ke dalam, tekan belakang ke bawah, bernafas seperti biasa, tahan lima saat
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali
    Hip Rolling
    • Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan
    • Cara melakukan : letak tangan secara bersilang di bahagian dada, pusing kepala ke sebelah kanan manakala kedua-dua lutut pusing ke sebelah kiri. Kemudian luruskan lutut dengan perlahan- lahan.
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali
    Lower Abdominal Exercise
    • Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan.
    • Cara melakukan :
    1. Gerakkan lutut kanan ke dada, tahan 5 saat kemudian relaks, Ulangi kaedah ini pada lutut sebelah kiri.
    2. Angkat kaki ke atas dengan lutut dalam keadaan lurus. Kemudian perlahan- lahan turunkan kaki ke lantai. Ulangi kaedah ini pada lutut sebelah.
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali.
    Cat and camel
    • Posisi : merangkak
    • Cara melakukan : perlahan-lahan bahagian belakang melendut ke bawah (melengkung ke bawah) dan muka menghadap ke dinding. Kemudian gerakkan otot abdominal ke dalam dan bahagian belakang melengkung ke luar.
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali.
    Hip Extension
    • Posisi : Merangkak
    • Cara melakukan : gerakkan lutut ke arah  kedepan, dan ke belakang sehingga kedua-dua blutut  dan peha selari dengan lantai.
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali
  1. Lumbar stabilization Exercises
    • Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan
    • Cara Melakukan : luruskan lutut kanan, Gerakkan otot abdominal ke dalam, pastikan badan dalam posisi neutral. Angkat kaki kanan setinggi 12 inci, lutut kanan dalam keadaan lurus, tahan 3 saat dan turunkan kaki.
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali.
Rujukan
  1. Care protocol Low Back Pain oleh Jawatankuasa teknikal Profesion Fisioterapi, KKM
  2. Tarek, M. Khalil, 1993, Ergonomics  in Back Pain, A Guide to Prevention and Rehabilitation,New York,  Van Nostrand Reinhold
Semakan Akhir:18 Mei 2016
Penulis:Datin Hajah Asiah bt Mohd Hashim


HUBUNGI SEGERA RAWATAN SEKITAR KUANTAN!

Hubungi 0193761337
En. Nidzam,
Physiotherapist anda

@

0194063906 
En. Saiful