Tuesday, May 17, 2016

fisioterapi bergerak di sekitar Kuantan

fisioterapi bergerak di sekitar Kuantan

fisioterapi mampu memberi rawatan intensif kepada pesakit yang terlantar.
Pejabat Fisioterapi kendalian kami, terletak di Kuantan, Pahang.
Kunjungan fisioterapi mampu memberi rawatan intensif SEJAJAR dengan peredaran masa, segalanya menginginkan sesuatu yang mudah, cepat dan terbaik termasuk perkhidmatan perubatan.
Atas keperluan tersebut, muncul perkhidmatan  fisioterapi bergerak dari rumah ke rumah yang kini semakin mendapat perhatian.

Perkhidmatan tersebut amat diperlukan dalam usaha mendapatkan penjagaan rapi serta rawatan pesakit yang lebih kondusif khususnya kepada warga emas mahupun orang kurang upaya (OKU).

Sudah pasti perkhidmatan ini menjadi pilihan anak-anak yang mahukan ibu bapa mereka yang uzur mendapatkan rawatan dan penjagaan terbaik sepanjang berada di rumah.
Oleh sebab itu, perkhidmatan penjagaan dan perawatan fisioterapi persendirian yang dibekalkan oleh kami akan memudahkan individu yang mahukan tahap penjagaan terbaik untuk orang tua mereka dengan kos yang berpatutan.
Syarikat kami dikendalikan oleh Muhammad Nidzam dan Saiful selaku Pengarah Urusan, ditubuhkan pada tahun 2015 dan satu-satunya syarikat yang menyediakan perkhidmatan sedemikian di Kuantan, Pahang.

Menurut nidzam dan saiful, mereka merupakan bekas pelajar ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang fisioterapi sebelum memulakan dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap syarikat ini.
Meskipun baharu bertapak, syarikat yang berpusat di Kuantan itu sudah mendapat permintaan yang menggalakkan daripada pelanggan yang mahukan perkhidmatan kesihatan.
“Perkhidmatan yang kami sediakan bukan sahaja tertumpu kepada warga emas yang uzur dan memerlukan penjagaan terperinci, malah kepada mereka yang mengalami serangan angin ahmar (strok) atau kemalangan.
“Kita bersedia memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan bantuan sama ada fisioterapi, dan sport massage atau dikenali sebagai urutan sukan.

“Perkhidmatan kesihatan yang disediakan ini adalah untuk memberikan hanya yang terbaik kepada semua pesakit dan masyarakat yang memerlukan. Oleh sebab itu, perkhidmatan kami juga lebih kepada kebajikan.
“Untuk golongan yang tidak berkemampuan, kita akan pergi ke rumah pesakit untuk memberi rawatan dengan harga yang tidak membebankan"

“Selain itu, kami juga menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh semasa rawatan"

“Bagi perkhidmatan fisioterapi pula, kita menawarkan rawatan pemulihan yang lebih efektif kepada pesakit untuk mengembalikan kefungsian asal anggota badan seperti pemulihan pesakit strok dan pemulihan selepas kemalangan patah tulang,”

pelbagai jenis alatan kesihatan yang dijual dengan harga mampu milik berdasarkan keperluan pesakit atau pelanggan.

“Di sini, kami bukan hanya menjual alatan kesihatan, malah kami turut membantu mengajar pesakit cara menggunakan peralatan tersebut dan menghantarnya secara percuma. Ini adalah salah satu kelebihan yang kita ada berbanding di tempat lain.

“Tambahan pula, harga yang ditawarkan juga mampu milik kerana kita menyediakan terus kepada pesakit mengikut keperluan mereka. Ini adalah salah satu cara untuk kita membantu mereka,”

pihak kami juga amat mengalu-alukan mana-mana yang memerlukan perkhidmatan jagaan kesihatan untuk ibu bapa di rumah dengan menghubungi kami.

Sebarang tempahan masa atau persoalan boleh hubungi kami segera di talian

0193751337
@
0194063906

Alamat email :

zamyatimi@gmail.com
msaifulzhafri@gmail.com

No comments:

Post a Comment